PKNS sasar pendapatan RM8 bilion menjelang 2030 - Utusan Malaysia

PKNS sasar pendapatan RM8 bilion menjelang 2030

PKNS
MAHMUD Abbas ditemui pemberita pada Majlis Kerjasama Strategik Di Antara Kumpulan PKNS dengan SPRM di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Syarikat milik Kerajaan Negeri Selangor, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengunjurkan perolehan mencecah sehingga RM8 bilion menjelang tahun 2030.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mahmud Abbas berkata, beliau optimis untuk memperoleh sasaran pendapatan tersebut yang disifatkan sebagai realistik berdasarkan projek-projek besar yang dilaksanakan syarikatnya ketika ini.

“Pada ketika ini, pendapatan PKNS adalah sekitar RM2 bilion setahun dan bagi saya perlu tingkatkan pendapatan syarikat ini bagi kebaikan rakyat di Selangor.

“Kita tidak boleh hanya menceburi bidang hartanah sahaja, justeru PKNS mengorak langkah menceburi dengan menceburi industri tenaga,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Kerjasama Strategik Di Antara Kumpulan PKNS dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Jelasnya, antara projek yang bakal menjana pendapatan anak syarikat Selangor itu pada tahun hadapan adalah beroperasinya sebuah stesen janakuasa elektrik di Pulau Indah, yang mampu membekalkan elektrik sebanyak 1,200 Megawatt (MW).

Selain stesen tersebut, Mahmud memaklumkan pihaknya turut melabur dalam dua buah projek, iaitu pembinaan dua buah stesen tenaga boleh ubah (waste energy) dan stesen kuasa hidro.

“Saya tidak boleh memberikan butiran lanjut berhubung dua projek ini kerana kami masih lagi melakukan perbincangan dengan pihak yang terlibat dalam projek ini.

“Apa yang boleh saya maklumkan adalah dua projek ini mampu menambah pendapatan PKNS SEKITAR RM2 bilion lagi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya