Perlu persempadanan semula untuk MIC kembali bersaing

Perlu persempadanan semula untuk MIC kembali bersaing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Demografi pengundi di 222 kerusi Parlimen ketika ini tidak memungkinkan MIC memenangi kawasan-kawasan lain melainkan kerusi tunggal parti itu di Parlimen Tapah.

Ketika ditemui Utusan Malaysia, Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran berkata, per­sempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya terutama kerusi Parlimen sebelum Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) bakal memberi impak positif kepada kelangsungan MIC dalam arena politik negara.

S.A. VIGNESWARAN

Beliau berkata, MIC memerlukan kerusi Parlimen yang mempunyai ramai pengundi India untuk bertanding dan persempadanan semula dilihat sebagai salah satu mekanisme terbaik.

“Kita bersedia untuk berhadapan dengan pilihan raya, kita kena pastikan bahawa tempat-tempat yang kita hendak bertanding itu, kita ada pengundi India yang banyak. Ini supaya kita boleh aturkan ahli-ahli kita dekat sana, tetapi pengundi India yang akan mengikut kita ataupun lebih baik adalah ahli parti.

“MIC telah memberi jaminan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa MIC akan sokong kepemimpinan beliau untuk tempoh lima tahun. Kita tidak ada pertindihan tetapi untuk memastikan bahawa kepentingan MIC, perjuangan MIC dan juga masa depan MIC, kita kena buat keputusan yang mana akan memihak kepada MIC, supaya dapat berada dalam arena politik negara.

“Mudah-mudahan bolehlah kita dapat kerusi yang banyak, kalau mereka pecah sempadan sebagainya, ada juga peluang untuk MIC mendapat kerusi kerana mengikut parameter sekarang hanya satu kerusi Parlimen, itu tidak munasabah,” katanya selepas Persidangan Perwakilan MIC Melaka di A’ Famosa Resort di sini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, sebarang tuntutan atau cadangan untuk menambah bahagian pilihan raya dengan memecah Parlimen terutama kawasan bandar sukar dilaksanakan dan tidak akan berlaku.

Bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar berkata, persempadanan kawasan pilihan raya tidak boleh dibuat sebelum PRU16.

Menurut beliau, Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan me­netapkan bahawa urusan persempadanan semula hanya boleh dibuat setiap tempoh lapan tahun.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN