Perkenalkan semula GST, subsidi dinilai - Utusan Malaysia

Perkenalkan semula GST, subsidi dinilai

SHAMSHUL ANAZ KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Kerajaan dicadang memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi menjamin sumber pendapatan yang stabil untuk negara disebalik hutang yang semakin meningkat.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pensyarah kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Perlis, Dr. Shamshul Anaz Kassim berkata, bagaimanapun, pelaksanaan tersebut perlu dilakukan dengan berhati-hati untuk keadilan dan menjaga keseimbangan semua pihak.

Selain itu, katanya, subsidi yang diperuntukan sehingga 58.6 billion pada 2023 perlu dinilai semula antaranya berkaitan subsidi seperti bahan api yang perlu dikaji semula untuk menilai keberlanjutan dan keberkesanannya.

“Subsidi perlu dinilai untuk memastikan penggunaan sumber yang efisien. Contohnya, subsidi bahan api dikaji semula untuk menilai keberlanjutan dan keberkesanannya.

“Ketika ini, hutang meningkat dan subsidi yang melimpah. Peningkatan hutang negara perlu menjadi keprihatinan utama.

“Analisis mendalam perlu dilakukan terhadap hubungan antara subsidi dan hutang. Strategi pengurangan hutang ini perlu dirancang untuk meningkatkan kredibiliti fiskal.

Sebagai rekod, GST diperkenalkan di Malaysia pada 1 April 2015 tetapi hanya mampu bertahan setakat 1 Jun 2018.

Cukai berkenaan dimansuhkan dan kembali kepada cukai lama iaitu cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Sementara itu, Shamshul Anaz berkata, pendekatan secara bersepadu perlu dilaksanakan bagi kelestarian ekonomi.

“Antaranya analisis mendalam dan langkah-langkah bijak untuk mengatasi cabaran ekonomi. Selain itu, pendekatan bersepadu untuk menguruskan subsidi, hutang, dan pendapatan.

“Implementasi cadangan dengan teliti untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kedudukan ekonomi Malaysia di rantau,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya