Perbandingan antara penjajahan Rusia, Israel terhadap Palestin

(PARLIMEN) Perbandingan antara penjajahan Rusia, Israel terhadap Palestin tidak munasabah

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri menyifatkan perbandingan antara dasar penjajahan Rusia dan penjajahan zionis Israel terhadap rakyat Gaza, Palestin sebagai tidak munasabah dan semua pihak harus mengimbas kembali sejarah. 

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, terdapat kejanggalan apabila sesetengah pihak menganggap tindakan Rusia menakluk sebahagian kawasan penduduk di Ukraine hanya dianggap sebagai pencerobohan. 

Sebalik, katanya, tindakan negara haram Israel yang menjajah wilayah Palestin pula dianggap ‘sah’ oleh negara-negara Barat termasuk Amerika Syarikat (AS) sedang hakikatnya ia telah melanggar prinsip undang-undang antarabangsa. 

“Lihat juga situasi Nelson Mandela dan ANC (Kongres Kebangsaan Afrika) yang selama puluhan tahun dianggap negara Barat sebagai pengganas. 

“Yang mereka lakukan ialah tindakan menentang sikap kekejaman aparteid yang menjajah Afrika Selatan. Yang dilakukan Hamas adalah membantah penjajahan dan keganasan Israel ke atas Palestin,” katanya pada waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini.  

Dalam pada itu, beliau menggesa seluruh rakyat melihat dari sudut sejarah dan kemanusiaan serta tidak menjadikan isu tersebut membezakan sikap rakyat mengenai erti kemerdekaan. 

“Malaysia menolak penjajahan Inggeris dan bersama menentang penjajahan Inggeris. Jadi, mengapa kita harus berlembut apabila penjajahan Israel ke atas Palestin? 

“Sebab itu saya menyokong Menteri Pendidikan supaya pelajar untuk mengikuti perkembangan yang berlaku dan sudah tentu kita ada garis panduan dan jangan ada sikap keganasan, tetapi pencerahan fahaman terhadap apa yang berlaku,” katanya.  –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN