Perak promosi pelancongan warisan tarikan terbaharu

Perak promosi pelancongan warisan tarikan terbaharu

KEADAAN bangunan lama di pekan Papan di Batu Gajah yang dimamah usia menjadi tarikan pelancong yang meminati warisan sejarah. – UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak menawarkan produk pelancongan warisan sejarah yang menarik untuk di­lawati sempena Tahun Melawat Perak 2024.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Loh Sze Yee berkata, berdasarkan trend pelancongan ketika ini, semakin ramai generasi muda meminati pelancongan berasaskan jejak warisan lama seperti kampung-kampung tradisional.

Katanya, minat itu tidak terhad kepada satu kaum sahaja, sebaliknya merangkumi kampung lama kaum Melayu, Cina dan India sehingga kepada suasana kehidupan masyarakat dalam estet.

“Seakan-akan menjadi trend sekarang ramai orang muda nak lawat tempat-tempat atau jejak warisan, mahu tengok balik kampung dulu-dulu, tak kira kampung apa bangsa pun, tak kira apa penempatan pun, mungkin kebun getah, estet, kampung Cina, kampung tradisi Melayu.

“Inilah trend sekarang yang semakin berkembang. Ipoh dan Perak amnya menyediakan destinasi pelancongan warisan yang menarik untuk dilawati,” katanya.

Sze Yee berkata, misalnya Ipoh yang semakin menjadi tumpuan pelancong yang tidak sekadar singgah dan makan.

Katanya, berikutan kedata­ngan pelancong yang meningkat, kerajaan negeri mahu me­ningkatkan tempoh kedatangan pelancongan tidak hanya sehari tetapi bermalam sehingga dua atau tiga hari.

“Kita tidak mahu pelancong hanya tinggal sehari apabila melawat negeri ini, kita nak tambah, apabila mereka datang ke Perak, kita nak mereka berada di sini dua atau tiga hari atau lebih daripada itu.

“Dalam masa sama kita akui Perak pelancongannya berasaskan tarikan semula jadi, maksudnya pelancongan hanya hidup atau lively pada hujung minggu, pada Khamis sampai Ahad,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN