Penunggang motosikal maut digilis treler

Penunggang motosikal maut digilis treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis dan tersepit dilanggar sebuah treler dalam kejadian di Kilometer 23.1 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE)  dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 6 pagi itu, mangsa yang maut di tempat kejadian itu dikenali sebagai Mohammad Hanafi Mohammad Khalipah, 30, berasal dari Taman Matang Jaya, Sungai Buloh.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mangsa dipercayai menunggang motosikal seorang diri dari arah Kota Damansara menghala Jalan Duta dekat sini.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara dengan kekuatan seramai sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada pukul 6.45 pagi.

“Setiba di lokasi, terdapat motosikal jenis Yamaha LC dengan sebuah treler yang mana ada seorang lelaki warga tempatan tersepit bawah tayar treler terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN