Penggabungan lesen motosikal dimuktamadkan hujung tahun ini

Penggabungan lesen motosikal dimuktamadkan hujung tahun ini

AEDY FADLY Ramlee (tiga dari kiri) menyerahkan lesen motosikal B2 kepada seorang penerima di Dewan Perzim, Banda Hilir, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Cadangan untuk menggabungkan kelas lesen motosikal B1 dan B2 kepada B akan dimuktamadkan hujung tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Aedy Fadly Ramlee berkata, kajian mengenai cadangan itu kini di peringkat akhir perbincangan antara Kementerian Pengangkutan dengan JPJ.

Menurutnya, selepas perincian dimuktamadkan, ia akan dibentangkan terlebih dahulu kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum sebarang pengumuman dibuat.

“Kita akan tengok perincian kerana dari segi dasar ia adalah dalam bidang kuasa Kementerian Pengangkutan, dan JPJ masih menunggu pembentangan yang akan dibuat nanti.

“Setakat ini pihak kementerian belum umumkan apa-apa, belum putuskan apa-apa jadi kami tengah perincikan dulu jika perlu bawa kepada Jemaah Menteri, kita akan bawa.

“Kita akan selesaikan dalam tahun ini juga kerana kini semuanya di peringkat akhir dan JPJ menunggu keputusan daripada kajian yang dibuat oleh kementerian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Program MyLesen B2 Peringkat Negeri di Dewan Perzim, Banda Hilir di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ahmad Zahid berkata, cadangan untuk menaik taraf lesen memandu motosikal bagi kelas B2 kepada B secara automatik akan dibawa ke Kementerian Pengangkutan untuk diteliti terlebih dahulu.

Beliau berpendapat, tidak ada masalah berhubung cadangan itu kerana penunggang motosikal yang mempunyai lesen B2 memang memiliki pengalaman menunggang kenderaan berkenaan.

Tambah Aedy Fadly, cadangan penggabungan semua kelas lesen motosikal tidak perlu dibawa ke Dewan Rakyat untuk diluluskan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya