Penganggur dicekup samun kedai serbaneka 24 jam - Utusan Malaysia

Penganggur dicekup samun kedai serbaneka 24 jam

SEBUAH kedai serbaneka 24 jam yang terlibat dalam kejadian samun di Losong  Mat Shafie , Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang penganggur dicekup polis selepas disyaki menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam di Kampung Losong Mat Shafie, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, suspek berusia 27 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota di Jalan Losong Masjid di sini, pada pukul 4.15 petang.

Menurut beliau, dalam kejadian pada pukul 5.15 pagi itu, suspek yang berpakaian penutup separuh muka sambil bersenjatakan sebilah pisau telah melarikan wang tunai RM230 dan beberapa kotak rokok.

“Ketika kejadian terdapat seorang pelanggan wanita berusia 28 tahun dan seorang pekerja kedai berusia 20 tahun sebelum premis itu dimasuki suspek yang terus meluru ke arah kaunter bayaran.

“Kedua-dua mangsa yang berada dalam ketakutan kemudian berjaya menyelamatkan diri dengan berlari keluar dari premis berkenaan dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Gerakan memburu suspek membawa kepada penahanan seorang lelaki pukul 4.15 petang tadi dan saringan air kencing mendapati suspek negatif bahan terlarang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Beliau menjelaskan, kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan (KK) kerana kesalahan merompak.

Katanya, jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya