Penagih terbabas dalam parit ketika dikejar polis - Utusan Malaysia

Penagih terbabas dalam parit ketika dikejar polis

Penagih
KERETA dinaiki dua suspek penagih dadah (gambar kecil) terbabas ke dalam parit selepas cuba lari daripada dikejar polis dekat Kampung Sungai Sireh di Kuala Selangor, Selangor, hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Cubaan dua penagih dadah menyelamatkan diri dengan merempuh sekatan jalan raya di Jalan Klang – Kuala Selangor, di sini mengundang pada apabila berjaya ditahan polis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, suspek yang menaiki kereta jenis Perodua Viva terbabas ke dalam parit di Lorong 13 Sungai Sireh, Kampung Sungai Sireh dalam aksi kejar-mengejar antara pihak berkuasa itu.

Menurutnya, jarak di antara sekatan jalan raya dengan lokasi suspek terbabas adalah kira-kira 30 km.

“Sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor telah mengejar suspek sehingga mereka terbabas ke dalam parit.

“Walaupun mengalami kemalangan, suspek masih juga melarikan diri dengan cuba masuk ke dalam ladang kelapa sawit berhampiran, namun anggota saya berjaya menahan mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini.

Dalam masa sama, polis turut memeriksa beg sandang yang dibawa suspek sebelum menemukan satu paket lutsinar dan sebuah tiub yang disyaki dadah dengan anggaran berat 2.08 gram (g).

Jelasnya, Lesen Kenderaan Motosikal (LKM) dan insurans kereta Viva yang dinaiki mereka tamat tempoh.

“Dua suspek yang berumur lingkungan 31 dan 37 tahun itu turut mempunyai 21 rekod jenayah berkaitan dadah dan 18 rekod jenayah lampau. Saringan air kencing telah dibuat dan semua suspek positif methamphetamine,” ujarnya.

Kata Ramli lagi, dua suspek tersebut telah ditahan untuk siasatan lanjut dengan kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya