Pemborong jangka harga ayam tanpa subsidi boleh cecah RM11 sekilogram - Utusan Malaysia

Pemborong jangka harga ayam tanpa subsidi boleh cecah RM11 sekilogram

PEMBORONG ayam di Pulau Pinang menjangkakan kenaikan harga ayam tidak akan berlaku dengan mendadak meskipub subsidi dan kawalan harga ayam ditamatkan bermula esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Pemborong ayam di negeri ini menjangkakan kenaikan harga ayam tidak akan berlaku dengan mendadak meskipun subsidi dan kawalan harga ayam ditamatkan bermula esok.

Seorang pemborong ayam, Mohd. Shafi Yaakob berkata, walaupun penamatan subsidi itu diumumkan dalam tempoh singkat, pihaknya menjangka harga ayam tanpa subsidi akan mencecah sekitar RM11 sekilogram.

MOHD. SHAFI YAAKOB

“Kami ingatkan penamatan subsidi ini akan berlaku tahun depan, kami tidak sangka ia akan berlaku lebih awal iaitu esok.

”Kami telah bersiap sedia dan kami jangka buat permulaan harga ayam tanpa subsidi boleh mencecah RM11 sekilogram,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan subsidi dan kawalan harga ayam ditamatkan bermula esok, namun bantuan masih disalurkan bagi telur gred A, B dan C mengikut mekanisme sedia ada.

Mohamad berkata, penamatan itu bagi mengurangkan ketirisan subsidi yang turut dinikmati oleh warga
asing dan golongan berpendapatan tinggi selain menyokong kemampanan industri pengeluaran
ayam tempatan.

Menurut Mohd Shafi, bagaimanapun harga ayam tanpa subsidi itu juga bergantung kepada harga margin yang ditetapkan oleh pemilik ladang-ladang yang menternak ayam.

”Jika ladang-ladang tetapkan harga margin yang tinggi boleh jadi harga ayam akan naik tinggi, namun apa pun kita tunggu harga daripada ladang esok,” katanya.

Dalam pada itu, dakwa beliau, pada masa ini syarikat yang menguruskan ladang-ladang ayam beroperasi dalam fasa kerugian kerana kos operasi tidak dapat menampung harga ayam siling ayam yang rendah iaitu kira-kira RM9.40 sekilogram.

“Kejatuhan ringgit juga memainkan peranan penting kerana dedak serta makanan ayam diimport dari luar negara dan harganya memang mahal kerana harga ringgit tinggi di pasaran antarabangsa.

“Bermula esok selepas ketiadaan subsidi syarikat-syarikat yang menguruskan ladang ayam mempunyai peranan untuk mengawal serta memastikan harga ayam stabil mengikut permintaan dan kehendak pasaran,” katanya.

Tambahnya, pengguna-pengguna juga lebih bersedia kali ini kerana mereka tahu harga ayam di pasaran adalah tanpa subsidi mulai esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya