Pelakon Gerak Khas, Majed Salleh meninggal dunia - Utusan Malaysia

Pelakon Gerak Khas, Majed Salleh meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah dan pelakon, Abdul Majed Mohd Saleh, 65, meninggal dunia akibat penyakit jantung, pagi tadi.

Berita duka itu dikongsikan adik iparnya yang juga penyanyi, Shiha Zikir menerusi satu hantaran di Instagramnya baru-baru ini.

“Abang ipar Shiha, Abdul Majed Bin Mohd Saleh telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Mohon sedekahkan Al- Fatihah buat Almarhum, semoga diampunkan segala dosa-dosanya dan tergolong bersama golongan beriman,” tulisnya.

Pelakon drama Gerak Khas itu pada Jun lalu menjalani pembedahan memasang perentak jantung di Hospital Serdang.

Allahyarham turut dimasukkan ke hospital pada Julai lalu selepas mengalami lemah jantung dan masalah lain yang mengganggu fungsi hati dan buah pinggang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya