OKT dipukul: Kertas inkuiri polis dibuka, kenal pasti anggota terlibat

Tular OKT dipukul: Kertas inkuiri polis dibuka, anggota terlibat dikenal pasti

HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Polis membuka kertas inkuiri polis (KEP) berkaitan dakwaan anggota mencederakan orang kena tahan (OKT) berkaitan kes dadah yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan termasuk bagi mengenal pasti anggota-anggota didakwa terlibat.

“Bagi kes video tular itu, pihak polis telah buka kertas inkuiri polis dan kenal pasti individu yang terlibat untuk diambil tindakan.

“Kertas inkuiri ini penting sekiranya ada kesalahan yang berlaku dan mengesan orang yang terlibat,” katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis (IPD) Gombak, di sini hari ini.

Tambahnya, tindakan selanjutnya akan diputuskan selepas siasatan lengkap sama ada bagi menuduh atau mengambil tindakan disiplin.

Pada 11 Oktober lalu, media melaporkan polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan OKT dipukul beberapa anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan yang dikesan tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong dilaporkan berkata, siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi, 2 Ogos 2022.

Menerusi video yang tular, seorang daripada dua individu yang disyaki anggota polis dilihat memijak lutut seorang lelaki dipercayai OKT manakala seorang lagi bertindak melibas tapak kaki OKT.

Kertas siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dibuka berhubung tangkapan berkenaan dan OKT itu juga sudah dituduh di Mahkamah Klang pada 8 Ogos 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN