NFC kena fitnah, negara yang rugi - NGO

NFC kena fitnah, negara yang rugi – NGO

FAIZAN MOHD NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sikap tidak bertanggungjawab oleh pihak yang menfitnah National Feedlot Corporation (NFCorp) yang ditaja kartel daging import haram menyumbangkan kepada masalah sekuriti makanan di negara ini.

Presiden Presiden Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas), Faizan Mohd. Noor berkata

negara mengalami ‘kerugian’ apabila projek NFC yang menyokong Dasar Pengeluaran Daging Lembu Negara terpaksa dihentikan apabila ditohmah, difitnah secara tersusun sehingga rakyat terbeban dengan harga makanan yang tinggi.

“Saya berani untuk katakan bahawa pihak kartel daging import haram antara pihak yang mahu menjahanamkan NFC sehingga timbul isu keraguan untuk membeli daging import yang menyebabkan jualan pasar merosot 50 peratus selain harga semakin mahal.

“Tetapi, nasi sudah jadi bubur, harap kerajaan dapat berbuat sesuatu untuk memulihkan sekuriti dan keterjaminan makanan terutama daging lembu di negara ini,” jelas beliau di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi NFCorp, Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan beliau dan tiga anaknya daripada semua pertuduhan berhubung projek Pusat Fidlot Kebangsaan di Gemas, Negeri Sembilan.

Ia susulan keputusan yang disampaikan oleh  Hakim Anand Ponnudurai bahawa Mohamad Salleh bersama-sama tiga anaknya, Wan Shahinur Izran, Wan Shahinur Izmir dan Wan Izzana Fatimah Zabedah dilepaskan dan dibebaskan daripada saman kerajaan.

Hakim Anand dalam penghakiman berkata, tiada berlaku sebarang salah guna atau pecah amanah dalam mana-mana urusniaga yang dijalankan oleh NFCorp.

Begitu pun, Mahkamah Tinggi memerintahkan NFCorp membayar balik RM33.7 juta kepada kerajaan, iaitu sebahagian daripada jumlah pinjaman yang tidak digunakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya