SHAH ALAM: Menyemak semula agihan kuasa antara Persekutuan antara negeri-negeri seperti yang termaktub dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan antara enam usul yang diterima untuk dibahaskan pada Muktamar Tahunan Pas Ke-69, petang ini.
Perkara itu dibentangkan Pengerusi Jawatankuasa Usul, Ir. Khairil Nizam Khirudin sebentar tadi.
Lima lagi usul lain adalah Pas sebagai ejen penerangan utama dalam isu pemanasan global dan perubahan iklim dan memacu gelombang sokongan anak muda kepada Perikatan Nasional (PN).
Selain itu, pertahan dan perkasa kedudukan perundangan Islam dan Mahkamah Syariah; Palestin hak umat Islam serta mempertahan kebebasan media dan kebebasan berpersatuan atau berpolitik.
Ketika ini, beberapa perwakilan Pas sedang membahas enam usul yang diterima itu di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini. -UTUSAN










