MUKTAMAR: Pas Perak dakwa kerajaan lemah jaga kepentingan

MUKTAMAR: Pas Perak dakwa kerajaan lemah jaga kepentingan Melayu Islam 

PARA pewakilan bersolidariti bersama Palestin pada majlis perasmian Muktamar Tahunan Pas Ke-69 di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas Perak mendakwa Kerajaan Perpaduan yang dianggotai Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) lemah dalam menjaga kepentingan Melayu Islam. 

Perkara itu antara dizahirkan pembahas Pas Perak, Mohamad Fakhrudin Abdul Aziz ketika membahaskan ucapan dasar presiden Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-69 oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Hari ini PH yang memperoleh 11 peratus manakala BN memperoleh 33 peratus sokongan undi Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dilihat lemah untuk menjaga kepentingan Melayu Islam. 

“Ini bermakna buat pertama kali dalam sejarah negara, BN khususnya UMNO tidak mewakili suara umat Melayu Islam sebaliknya majoriti negara ini kini diwakili Perikatan Nasional (PN) dan Pas, tetapi, malangnya suara Melayu terbesar ini tidak menerajui pemerintahan,” katanya. 

Menurut Mohamad Fakhrudin, bangsa Melayu yang beragama Islam dengan jumlah yang besar ini tidak berperanan dan memimpin disebabkan perpecahan yang berlaku dalam kalangan orang Melayu. 

“Manakala golongan bukan Islam (yang) masih tidak menerima Islam bersatu dan kini mendapat kuasa politik. 

“DAP yang menutup wajah perkaumannya berjaya mendapat sokongan besar majoriti kaum Cina dan sedang mendominasi PH dalam kerajaan yang dinamakan perpaduan bersama Melayu yang meninggalkan fitrah perjuangannya sebelum ini,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN