MRSS berusia 40 tahun akan diganti pada RMK13

Kapal sokongan pelbagai guna berusia 40 tahun akan diganti pada RMK13

ADLY ZAHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perolehan kapal sokongan pelbagai guna (MRSS) baharu akan dibuat dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) bermula 2026 walaupun kedua-dua kapal sedia ada sudah mencecah usia 40 tahun.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, keputusan itu dibuat kerana pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menumpukan kepada perolehan kapal lain.

“Kita tak menafikan kapal MRSS sedia ada iaitu sebuah kapal berusia 40 tahun manakala satu lagi berusia 43 tahun.

“Walau bagaimanapun, fokus TLDM pada masa kini lebih tertumpu kepada program peningkatan keupayaan aset kombatan yang lebih kritikal seperti meneruskan perolehan kapal Littoral Combat Ship (LCS) dan perolehan kapal Littoral Mission Ship Batch 2 (LMSB2),” katanya ketika waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Namun, Adly berkata, dokumen strategi Program Transformasi Armada TLDM sememangnya telah memperinci rancangan perolehan tiga buah kapal MRSS ini dalam RMK12 dan RMK13.

“Keperluan MRSS ini adalah amat penting dalam melengkapkan aset Armada TLDM dan bagi memenuhi keperluan operasi ATM melalui kemampuan Strategic Sealift antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak, di samping bantuan logistik dan kemanusiaan di peringkat antarabangsa apabila diperlukan,” katanya.

Beliau menjawab soalan Nordin Ahmad Ismail (PN-Lumut) sama ada kerajaan akan menilai semula keputusan yang telah dibuat untuk menangguhkan membeli kapal MRSS.

Namun, beliau memberi jaminan menerusi Kertas Putih Pertahanan mengenai tahap ketenteraan negara sama ada kekuatan di laut, darat dan udara serta terbaru kekuatan siber.

“Kemampuan ini tidak perlu dipertikai kerana tugas kita adalah memastikan kedaulatan sempadan sentiasa terjaga dan mengambil kira setiap aspek.

“Memang saya akui bajet pertahanan walaupun ditingkatkan kepada RM2 bilion tidak cukup bagi kita, tapi kerana keperluan pertahanan, ia perlu ditingkatkan demi masa depan pertahanan negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya