Menggeletar, seram sejuk dengar dialog itu - Ustazah Asma Harun - Utusan Malaysia

Menggeletar, seram sejuk dengar dialog itu – Ustazah Asma Harun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Atas dasar dan alasan apa sekali pun, sekiranya dialog itu berdasarkan kisah benar, tidak layak dan tidak wajar perkataan seperti itu dilafazkan di Tanah Suci apatah lagi dikaitkan dengan makam Rasullullah.”

Demikian penegasan penceramah, Ustazah Asma Harun berhubung penularan sedutan dialog pelakon, Janna Nick dalam drama Surat Dari Tuhan yang menyebut berkaitan makam Rasulullah di Mekah.

Tegas Asma, babak tersebut tidak seharusnya mengaitkan makam Rasulullah apatah lagi dirakamkan di Mekah yang sememangnya merupakan lokasi ibadah paling mulia untuk penganut Islam.

“Beberapa kali saya tengok dan minta team untuk transkrip dialog yang dilafazkan. Saya terkejut. Seram sejuk, menggigil apabila mendengar dialog tersebut. Biar betul cakap begitu dan kaitkan makam Nabi Muhammad?

“Macam mana boleh terfikir nak buat skrip macam itu? Di mana etika di Tanah Suci? Tak rasa bersalah ke? Tak terdetik ke dalam hati takut nak cakap begitu? Di tempat yang paling suci, paling indah.

“Saya sendiri kalau nak berjanji perkara yang baik-baik di Tanah Suci pun takut. Inikan pula melafazkan perkataan meminta orang lain pergi meninggal dunia. Sambil tangan tunjuk kepada Masjid Nabawi?” ujarnya ketika bersiaran langsung di TikTok.

Dalam pada itu, sama juga turut menegur para pelakon untuk berani bersuara menolak permintaan pengarah atau penerbit sekiranya dialog yang harus dilafazkan melampaui batas dan aqidah.

“Pelakon apabila diberi skrip sebegitu, janganlah kita ini seperti bukan seorang yang merdeka. Seolah kita ini dijerut (diugut) kalau tak baca skrip ini, tak boleh berlakon.

“Kita boleh bercakap tidak, ada hak bersuara,”ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN