Mangsa banjir lebih utamakan selamat ternakan

Mangsa banjir lebih utamakan selamat ternakan berbanding barangan

ABEL Razak Yusop menunjukkan lembu ternakannya yang dapat diselamatkan daripada dihanyut banjir di Kampung Batu 9, Jalan Changkat Jong di Teluk Intan. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Seorang warga emas sanggup mendahulukan usaha menyelamatkan ternakan lembu dan kambing berbanding perkakas dalam rumahnya daripada dihanyutkan banjir.

Abel Razak Yusop, 60, yang tinggal di Kampung Batu 9, Jalan Changkat Jong di sini berkata, dia hanya memikirkan untuk menyelamatkan binatang ternakannya daripada lemas walaupun kehilangan lima ekor kam­bing dalam kejadian banjir itu.

Katanya, ketika banjir, air naik terlalu deras hingga ke dalam rumahnya namun dia tidak memikirkan untuk menyelamatkan peralatan rumah­nya daripada ditenggelami banjir.

Sebaliknya, katanya, dia hanya memikirkan lembu dan kambing ternakannya dalam kandang yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

“Sebaik sahaja air naik, saya terus ke kandang. Mula-mula saya tarik lembu ke tempat yang tinggi tapi bukan mudah untuk menarik di dalam air.

“Selepas itu saya ke kandang semula untuk mengambil kambing pula, namun ketika itu sudah terlambat, semua lima kambing ternakan saya diha­nyutkan banjir, entah hidup atau mati saya tak tahu.

“Ternakan yang dapat dise­lamatkan, saya tambat di pondok menunggu bas di kampung ini, bimbang kena curi atau dilanggar kenderaan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, jumlah mang­sa banjir di Perak setakat ini seramai 277 orang daripada 88 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah setakat ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan, di daerah Hilir Perak 186 mangsa daripada 59 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak.

Mereka melibatkan penduduk Lorong Kedah, Lorong Belakang Klinik, Batu 9 Simpang Tiga, Batu 7, Batu 9, Batu 10 dan Lorong Sidang Osman. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN