Kurang makan nasi, Alvin Wong mahu nampak muda elak watak berusia

Makan tiga mangkuk nasi seminggu, Alvin Wong jaga pemakanan demi watak muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Alvin Wong, 49, memaklumkan perlu bersusah payah bersenam dan menjaga pemakanan agar kelihatan lebih muda pada usianya yang menghampiri lima dekad.

Katanya, sebagai pelakon, langkah itu penting bagi membolehkan dia melakonkan watak lebih muda meskipun berdepan peningkatan usia.

“Saya masih dahagakan watak-watak yang lebih muda. Kalau boleh saya mahu elakkan watak bapa atau berusia.

“Sebab itu saya betul-betul jaga kesihatan dan fizikal. Dan usaha ini menjadi kerana sebelum ini, saya masih diberi kepercayaan bawa watak muda contoh dalam drama Villa Kristal dimana saya bawa watak 30-an,” katanya.

Pelakon filem Pagari Bulan ini turut berkongsi senaman dan pemakanan yang diamalkan untuk mendapatkan bentuk fizikal sihat dan cergas.

“Saya tidak pergi ke gimnasium, cukup bersenam di rumah. Jadi saya beli peralatan dan bersenam sendiri.

“Tapi, paling penting adalah pemakanan yang perlu dijaga. Saya korbankan keinginan kepada manisan, amalkan pengambilan tiga mangkuk nasi dalam seminggu dan elak makan roti serta makanan atau minuman bergula.

“Saya makan makanan berasaskan protein dan sayuran. Semua ini mudah jika kita ubah perspektif. Contoh, makan nasi sebenarnya tabiat, bukan keperluan,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN