LTAM gagal tarik minat syarikat penerbangan

LTAM gagal tarik minat syarikat penerbangan

LTAM di Batu Berendam, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tidak ada satu pun daripada tujuh syarikat penerbangan komersial berminat untuk beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) setakat hari ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Beliau berkata, sehingga tarikh akhir ditetapkan hujung bulan ini, kerajaan negeri tidak menerima sebarang maklum balas terhadap tawaran yang dibuat kepada syarikat terlibat.

“Masih berbaki lima hari sebelum tarikh akhir hujung bulan ini dan kita mengharapkan jika dapat maklum balas syarikat penerbangan komersial terhadap tawaran daripada kerajaan negeri.

“Sebenarnya, kita ada masalah sedikit di Melaka kerana lokasi kita terlalu dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Jadi pengguna banyak pilihan kerana mereka memilih KLIA berbanding di Melaka. Ini salah satu faktor kerana terlalu hampir dengan KLIA,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024 di Melaka Sentral, Jonker Walk dan Bangunan Stadthuys di sini, hari ini.

HAMEED MYTHEEN Kunju Basheer mengadakan sidang akhbar selepas membuat tinjauan sempena TMM 2024 di Bangunan Stadthuys, Banda Hilir, Melaka. – UTUSAN/AMRAN MULUP

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, kerajaan negeri sedang merangka terma perjanjian lebih adil supaya syarikat penerbangan yang beroperasi di LTAM) tidak menamatkan perkhidmatan sewenang-wenangnya.

Ketiadaan perjanjian khusus sebelum ini menyebabkan syarikat penerbangan bebas membuat keputusan sama ada meneruskan operasi atau tidak, berdasarkan permintaan pelanggan.

Tambah Hameed Mytheen, selain penerbangan komersial, LTAM masih boleh digunakan untuk tempahan khas.

“Walaupun syarikat penerbangan komersial tidak lagi menggunakan LTAM tetapi masih terdapat beberapa pesawat sewa khas masih beroperasi di sini,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN