Lelaki warga emas maut terjatuh dari tingkat tiga rumah flat - Utusan Malaysia

Lelaki warga emas maut terjatuh dari tingkat tiga rumah flat

LELAKI warga emas yang maut selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah rumah flat di Menglembu di Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang lelaki warga emas ditemukan maut selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah rumah flat di Menglembu di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kejadian membabitkan lelaki berusia 65 tahun itu dimaklumkan orang awam kepada polis pada pukul 3.50 petang.

Katanya, lelaki tersebut ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di kepala.

“Hasil pemeriksaan pada badan si mati telah menjumpai kad pengenalannya di dalam poket seluar bahagian kiri. Tiada kenderaan ditinggalkan si mati di lokasi kejadian

“Pemeriksaan pada badan si mati turut menjumpai kesan kelar pada tangan kanan namun tiada unsur jenayah dikesan dalam kejadian itu,” katanya di sini hari ini

Menurut beliau, mayat lelaki terbabit dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya