Lelaki, wanita warga asing ditahan insiden letupan IED di flat - Utusan Malaysia

Lelaki, wanita warga asing ditahan insiden letupan IED di flat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Seorang lelaki tempatan dan wanita warga asing yang juga teman serumah ditahan selepas disyaki terbabit dalam insiden letupan bom buatan sendiri di Taman Pandan, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Asri Shafie berkata, kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 32 dan 37 tahun itu ditahan di sekitar Mak Mandin, dekat sini kira-kira pukul 8.30 malam.

Katanya, hasil soal siasat terhadap suspek pertama turut membawa kepada penemuan satu lagi bom buatan sendiri.

“Kita turut merampas sepucuk pistol dan peluru buatan sendiri serta kerambit.

“Suspek mengakui mempelajari cara dan teknik membuat bom melalui laman web.

“Bahan yang digunakan untuk membuat bom berkenaan pula diperolehi menerusi pembelian dalam talian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Asri berkata, terdahulu pihaknya menerima laporan berhubung penemuan satu bungkusan dipercayai bahan letupan di flat terbabit kira-kira pukul 1 tengah hari, hari yang sama.

“Menurut saksi kejadian, satu letupan telah berlaku kira-kira pukul 12.56 tengah hari di hadapan sebuah rumah di flat berkenaan.

“Susulan itu, pasukan Unit Pemusnah Bom (UPB), Unit Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) digerakkan ke lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan mendapati, bahan letupan terbabit adalah ‘improvised explosive device (IED)’,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kedua-dua suspek juga negatif dadah dan tidak memiliki sebarang rekod kesalahan lampau.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan ia tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti keganasan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957, Seksyen 8 Akta Bahan Letupan, Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya