Lebih 10,000 dijangka memeriahkan Zikir Perdana Sedunia malam ini

Lebih 10,000 dijangka memeriahkan Zikir Perdana Sedunia malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selepas enam tahun tidak dianjurkan, Zikir Perdana Sedunia kembali muncul di Masjid Putra di sini malam ini dengan bertemakan ‘Islam is The Answer’.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, masyarakat Islam terutama di sekitar Lembah Klang mula membanjiri masjid tersebut bagi mengikuti pelbagai program diadakan anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Pertubuhan Sufi Antarabangsa.

Malah acara itu sudah bermula sejak semalam dengan slot khas dikenali Munajat Cinta untuk golongan Muslimah yang dipimpin oleh pendakwah, Ustazah Nurul Syahida Arifin.

“Insya-Allah, acara ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,” kata jurucakapnya, Sheikh Abdul Kareem Said Khadaied yang dihubungi.

Pertubuhan itu ujarnya, berharap agar program sedemikian sebagai usaha ke arah citra peradaban Malaysia yang membentuk insan mengingati Allah dan cinta Rasulullah SAW.

Sebanyak 20 organisasi bukan kerajaan akan membantu dalam memeriahkan program selain pengisian aktiviti antaranya lantunan qasidah,dan sesi Khatam Al-Quran Perdana dipimpin oleh Ustazah Bintu Hood Ben Hafidz dan Simposium Peradaban Ihsan Asas Kesopanan.

Sesi bicarawara itu dibarisi panel Maulana Wan Mohd. Aswadi Wan Mat Yim Al-Mujaddidi dan Prof. Madya Dr. Abdul Manam Mohamad disusuli Tahlil Perdana.

Selepas solat Maghrib, jemaah masjid akan menikmati Ratib Al-Attas dan Asmaul Husna yang dibimbing istimewa oleh Habib Abu Bakar Alwi Al-Haddad selama tempoh 30 minit.

Setelah itu ujarnya, program diteruskan dengan pembacaan dan penyerahan resolusi oleh bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Mustafa Abd. Rahman disusuli Majlis Perasmian dan Ucaptama oleh Timbalan Perdana Menteri diikuti sesi Zikir Munajat yang dipimpin Syeikh Alley Abdul Qadir At-Tohiri. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya