Lapangan Terbang Kertih jadi hub pesawat ringan - Utusan Malaysia

Lapangan Terbang Kertih jadi hub pesawat ringan

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Kerajaan negeri merancang untuk menjadikan Lapangan Terbang Kertih sebagai hub subsektor penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) bagi pesawat ringan di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia antara alternatif yang dirancang kerajaan negeri setelah lapangan terbang itu diserahkan kembali oleh Petronas pada 31 Mac 2026 nanti.

Menurutnya, kerajaan negeri sentiasa terbuka dengan apa sahaja cadangan atau potensi yang boleh diteroka untuk memanfaatkan penggunaan serta pembangunan di Lapangan Terbang Kertih.

“Kita ada banyak masa sehingga 31 Mac 2026, selain itu, kita juga sedang pertimbangkan cadangan dan mempelawa industri sokongan untuk menjadikan lapangan terbang itu sebagai mini hub aero angkasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ir. Saiful Azmi Suhaili (Pas-Kemasik) mengenai perancangan kerajaan negeri Terengganu terhadap pengoperasian dan pembangunan Lapangan Terbang Kertih selepas diserahkan oleh Petronas dalam  Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, di sini. hari ini.

Ahmad Samsuri memaklumkan, tarikh penyerahan Lapangan Terbang Kertih yang dipersetujui bersama antara kerajaan negeri dan Petronas adalah sehingga 31 Mac 2026.

“Secara dasarnya, kita telah bersetuju menerima cadangan penyerahan keseluruhan aset yang merangkumi tanah, bangunan dan peralatan di Lapangan Terbang Kertih.

“Susulan itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Lapangan Terbang Kertih yang bertanggungjawab menyelaras dan memantau proses penyerahan lapangan terbang itu serta menilai ‘model business’ sebagai persediaan menerima penyerahannya kelak.

“Kerajaan negeri juga telah melantik Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc) untuk meneroka potensi serta merangka pelan pengoperasian Lapangan Terbang Kertih setelah penyerahan oleh Petronas berlangsung nanti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya