PUTRAJAYA: Perbuatan kecuaian ibu bapa dalam aspek keselamatan anak-anak wajar dihukum jika benar terbukti ada unsur-unsur kecuaian dalam mana-mana kes melibatkan apa jua kemalangan dan pengabaian golongan itu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pesuruhjaya Kanak-kanak, Dr. Farah Nini Dusuki berkata, undang-undang berkaitan perlu dikuatkuasakan secara tegas bagi mengelak kejadian sama berulang dan boleh memberi pengajaran kepada ibu bapa lain demi melindungi hal dan kebajikan kanak-kanak. Beliau berkata, antara bentuk kecuaian yang…