Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima darjah kebesaran Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima darjah kebesaran Pulau Pinang

LAW Choo Kiang (kanan) melihat senarai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-74 Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak selepas sidang akhbar di Dewan Sri Pinang, George Town, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr. Zulkapli Mohamed mendahului senarai 1,117 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-74 Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Zulkapli merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Selain beliau, dua lagi individu iaitu bekas Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Tun Abd. Majid Tun Hamzah dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional (TNB), Datuk Ir. Baharin Din turut menerima DPPN yang membawa gelaran Datuk Seri.

Seramai 27 individu menerima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran Datuk Seri antaranya Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain; bekas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman; Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Mohd. Sayuthi Bakar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Selain itu, turut menerima DGPN ialah tiga bekas Exco kerajaan negeri iaitu Datuk Abdul Halim Hussain; Phee Boon Poh dan Chong Eng.

Seramai 15 penerima pula menerima Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) yang membawa gelaran Datuk antaranya peguam, Baldev Singh Gurcharn Singh; Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang, Roslinda Mohd. Shafie; Pegawai Kewangan Negeri, Zabidah Safar dan bekas Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Mohd. Salleh Man.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, Azrul Mahathir Aziz; Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, Adenan Md Isa; Ketua Pegawai Eksekutif JKSB, Faisal Shahbudin antara 93 penerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk.

Turut menerima DSPN ialah bekas Exco negeri iaitu Dr. Norlela Ariffin dan Soon Lip Chee dan Yeoh Soon Hin.

Selain itu, seramai 74 individu menerima Darjah Johan Negeri; Bintang Cemerlang Negeri (14); Pingat Kelakuan Terpuji (168); Pingat Jasa Kebaktian (298); Pingat Jasa Masyarakat (399) dan Pingat Bakti Setia (26).

Terdahulu dalam sidang akhbar, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Law Choo Kiang memaklumkan Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang akan berlangsung selama empat hari bermula esok, Isnin, Selasa dan Rabu depan.

”Pada hari pertama (esok), Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan negeri Pulau Pinang akan melibatkan seramai 213 orang.

”Hari kedua (16 Oktober) melibatkan 310 orang penerima, hari ketiga (17 Oktober) melibatkan 302 orang dan hari keempat (18 Oktober) melibatkan seramai 292 penerima,”katanya dalam sidang akhbar di Dewan Sri Pinang di sini hari ini.

Menurutnya, acara sambutan akan dimulakan dengan istiadat kawalan kehormatan utama di Dataran Sri Pinang, Lebuh Light di sini.

”Sebanyak 17 das tembakan meriam akan dilepaskan semasa istiadat berlangsung dan seterusnya majlis akan dimulakan dengan Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang bagi tahun ini di Dewan Istiadat, Dewan Sri Pinang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya