Kes ah along, sistem kesihatan, kenderaan elektrik tumpuan hari ini 

Parlimen: Kes ah along, sistem penjagaan kesihatan, kenderaan elektrik antara tumpuan hari ini 

perlembagaan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini antaranya akan menumpukan kepada rancangan kerajaan untuk menambah kursus-kursus teknikal dan vokasional (TVET) seiring dengan perkembangan teknologi semasa seperti kecerdasan buatan (AI).

Ts. Zahir Hassan [PH-Wangsa Maju] akan meminta Menteri Pendidikan menyatakan rancangan kerajaan berhubung perkara itu dan jika merancang menambah bilangan kolej vokasional yang akan menawarkan kursus kemahiran dalam industri kenderaan elektrik (EV).

Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh [PN-Besut] pula meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan usaha kerajaan mengatasi kes keganasan yang telah dilakukan ah long atau pemberi pinjaman wang tanpa lesen.

Sementara itu, Tan Kok Wai [PH-Cheras] meminta Menteri Kesihatan menyatakan kekurangan yang telah dikenal pasti dalam sistem kesihatan negara terutama semasa pandemik Covid-19 yang tidak konsisten dengan aspirasi ‘kesihatan untuk semua’.

Beliau turut meminta penjelasan mengenai komitmen negara terhadap Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta rancangan reformasi sistem penjagaan kesihatan menyeluruh yang akan dilakukan.

Datuk Khlir Mohd. Nor [PN-Ketereh] pula Menteri Kewangan menyatakan jika Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) boleh memberhentikan sementara pemotongan gaji sementara menunggu projek perumahan yang tidak siap disambung kembali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya