Keputusan rayuan Amelia Henderson 27 Oktober ini

Keputusan rayuan Amelia Henderson 27 Oktober ini

Amelia Henderson
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rayuan pelakon, Amelia Henderson berhubung perintah agar beliau membayar ganti rugi RM200,000 dan meminta maaf kepada syarikat produksi, A. Aida Production Sdn. Bhd. kerana melanggar kontrak akan diputuskan Jumaat ini.

Pesuruhjaya Kehakiman, Leong Wai Hong menetapkan 27 Oktober ini untuk keputusan selepas mendengah hujah daripada pihak-pihak terlibat pada prosiding yang dijalankan secara dalam talian.

Pada prosiding hari ini, Amelia atau nama penuhnya, Amelia Thripura Henderson diwakili peguam-peguam, Mansheel Kaur dan Wan Nurliyana Abdul Rahman manakala syarikat produksi terbabit diwakili peguam, Ashmadi Othman.

“Saya akan memberikan keputusan Jumaat ini. Jika pihak-pihak ada menyelesaikan perkara (rayuan) secara baik sebelum keputusan sila maklum juga pada Jumaat ini,” kata Wai Hong dalam prosiding yang dibuat secara dalam talian Zoom sebentar tadi.

Pada 18 April lalu, Amelia memfailkan rayuan terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah Sesyen di sini selepas tidak berpuas hati dengan keputusan terbabit.

Pada 7 April lalu, Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Amelia membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A. Aida Production selepas didapati melanggar kontrak lakonan dalam drama Sekali Lagi Cinta Kembali.

Mahkamah turut memerintahkan Amelia untuk memohon maaf dan memadam video di Instagram mengandungi kenyataan fitnah terhadap syarikat itu.

Pada 2 Ogos lalu, Amelia berjaya mendapatkan penangguhan bagi pembayaran ganti rugi dan permohonan maaf yang perlu dibuat kepada A. Aida Production.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan agar wang RM200,000 tersebut dimasukkan ke dalam akaun bersama yang akan dikendalikan oleh kedua-dua firma guaman yang mewakili syarikat produksi itu dan Amelia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN