Kenyataan Abu Bakar bersifat peribadi, boleh jejas hubungan Bersatu, Pas- Armada

Kenyataan Abu Bakar bersifat peribadi, boleh jejas hubungan Bersatu, Pas- Armada

bersatu
Abdul Latif Abu Hassan (kiri) dan Abu Bakar Hamzah (kanan)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kenyataan dikeluarkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri, Abu Bakar Hamzah berhubung perpecahan yang berlaku di dalam Pas adalah bersifat peribadi.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu negeri, Abdul Latif Abu Hassan berkata, kenyataan yang dikeluarkan itu dapat memberi impak kepada PN sekali gus boleh menjejaskan hubungan antara parti itu dengan Pas.

Beliau berkata, tiada sebarang perbincangan dilakukan bersama pimpinan atau sayap parti itu di peringkat negeri berhubung kenyataan yang dikeluarkan tersebut.

“Kenyataan dikeluarkan itu memang tak ada perbincangan jadi bagi kami di peringkat Armada anggap ia bukan satu kenyataan daripada parti,” katanya.

Abu Bakar sebelum ini mendedahkan wujud perpecahan di dalam Pas Perlis membabitkan isu kefahaman agama, susun gerak kerja dan pentadbiran kerajaan negeri.

Bagaimanapun, Menteri Besar merangkap Pengerusi PN negeri, Mohd. Shukri Ramli menafikan perkara itu namun turut mengakui ada dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PN di Perlis terus menerus mengkritik pentadbiran kerajaan negeri ketika ini.

Dalam pada itu, Abdul Latif berkata, Armada berpandangan isu tersebut seharusnya diselesaikan secara dalaman dan tidak perlu dihebahkan kepada pihak umum.

“Permasalahan yang berlaku di dalam rumah adalah lebih baik diselesaikan dalam rumah sahaja dan jangan di bawa keluar.

“Malah isu yang berlaku ini juga dibimbangi akan menjejaskan hubungan antara Pas dan Bersatu di Perlis jadi kami berharap agar ia tidak berpanjangan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya