KDNKA rampas pelbagai barangan seludup RM789.99 juta

KDNKA rampas pelbagai barangan seludup bernilai RM789.99 juta sejak Januari

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelbagai barang seludup bernilai RM789.99 juta berjaya dirampas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi operasi yang dilakukan di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA) sejak Januari sehingga September lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, rampasan itu melibatkan 6,476 kes dilaporkan di seluruh negara sepanjang tempoh berkenaan.

Menurut beliau, sebanyak RM37.1 juta rokok dan minuman keras tidak bercukai antara yang berjaya dirampas menerusi Op Kontraban membabitkan 110 serbuan dan 64 tangkapan di seluruh negara bagi tempoh sama.

“Bagi kes Wildlife Crime Bureau (WCB), Perisikan Siasatan Khas berjaya membuat tangkapan dan rampasan terhadap pelbagai barangan makanan sejuk beku yang dianggarkan bernilai RM21 juta

“Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) pula berjaya merampas 495 kilogram dadah disyaki jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM17.8 juta,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara anjuran KDNKA di Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman, hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) juga melaksanakan sebanyak 28 serbuan dengan nilai rampasan barang kes berjumlah RM37.3 juta.

“Setinggi-tinggi syabas dan tahniah saya ucapkan kepada seluruh warga KDNKA atas kejayaan yang diperolehi teruskan momentum kecemerlangan serta kekalkanlah rekod yang memberangsangkan seperti ini.

“Masyarakat pada masa kini meletakkan satu standard yang tinggi dengan menuntut perkhidmatan kepolisan yang berkualiti,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya