Kanak-kanak nyaris dilanggar, cuba lintas naik basikal mainan

Kanak-kanak nyaris dilanggar, cuba lintas jalan naik basikal mainan

TANGKAP layar video kanak-kanak lelaki cuba melintas jalan dengan basikal mainannya di Dengkil, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun nyaris dilanggar sebuah kereta selepas dilihat cuba melintas jalan dengan basikal mainannya di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang di Kampung Semarang, Dengkil itu, kanak-kanak berkenaan didapati keluar dari kawasan rumah tanpa pengawasan ibu bapanya.

Video aksi bahaya itu dikesan tular di media sosial sebelum sepasukan polis dikerahkan ke lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, satu pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepan dikerahkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, siasatan mendapati, anak bongsu daripada empat beradik itu menetap bersama keluarga, namun berada di tepi jalan itu tanpa pengawasan ahli keluarga.

“Jarak antara rumah ibu bapa kanak-kanak itu jalan besar sekitar 70 meter. Malah, ibu bapa kanak-kanak itu mengakui memang sentiasa memantau anaknya bermain.

“Selepas soal siasat, satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan pengabaian kanak-kanak tanpa diawasi.

“Tindakan itu boleh membahayakan nyawa kanak-kanak itu dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum sehingga 20 tahun,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Katanya, beliau menasihatkan kepada orang ramai terutama ibu bapa supaya lebih prihatin dan peka terhadap anak masing-masing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya