Juruukur bahan dituduh terima rasuah direman lima hari  - Utusan Malaysia

Juruukur bahan dituduh terima rasuah direman lima hari 

Seorang juruukur bahan di salah sebuah universiti di negeri ini yang didakwa menerima rasuah dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang juruukur bahan di salah sebuah universiti di negeri ini direman lima hari bagi membantu siasatan satu kes rasuah bernilai lebih RM30,000.

Majistret Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri mengeluarkan perintah reman itu bermula hari ini sehingga Isnin.

Penahanan itu bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Terdahulu suspek lelaki berusia 50-an itu yang berpakaian lokap oren SPRM dibawa ke Mahkamah Majistret sambil diiringi pegawai pada pukul 10 pagi.

Menurut sumber SPRM, suspek disyaki menerima sebuah motosikal Yamaha Y15Z dan wang suapan keseluruhan RM30,000 daripada wakil sebuah syarikat.

Pemberian itu dipercayai sebagai balasan mengesyorkan kerja-kerja pengubahsuaian di universiti berkenaan bernilai RM3 juta kepada syarikat terbabit.

Malah menurutnya, wang itu juga didakwa diterima suspek bagi tujuan mempercepatkan tuntutan bayaran kemajuan kerja melibatkan projek tersebut.

“Suspek ditangkap di pejabat SPRM negeri ketika hadir memberi keterangan kira-kira pukul 1 petang semalam dan SPRM turut menyita motosikal terbabit,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya