JIPS siasat tahanan mati dalam lokap - Utusan Malaysia

JIPS siasat tahanan mati dalam lokap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) akan menjalankan siasatan berhubung kes kematian orang kena tahan (OKT) di lokap Balai Polis Sungai Besar, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, kematian itu membabitkan lelaki warga tempatan berusia 49 tahun yang ditahan pada 26 Oktober lalu berkaitan kes di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Bagaimanapun pada pukul 3.30 pagi, semalam, anggota petugas mendapati OKT dalam keadaan meniarap dan tidak sedarkan diri.

“Pihak hospital segera dihubungi untuk mendapatkan rawatan lanjut namun pegawai perubatan mengesahkan kematian OKT pada pukul 4.40 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya, pemeriksaan Covid-19 mendapati OKT negatif dan hasil bedah siasat tidak menemukan sebarang kecederaan berunsurkan jenayah dikesan.

“Punca kematian masih ‘pending laboratory investigation’.

“Siasatan lanjut dari pelbagai sudut dijalankan Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), JIPS Bukit Aman sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN