'Jika mahu berpolitik, biarlah ia berasas pembangunan negara'

‘Jika mahu berpolitik, biarlah ia berasas pembangunan negara’

FADILLAH Yusof ketika melancarkan lori pengangkut minyak biodiesel sawit B100 Petronas sempena Persidangan Biodiesel Sawit ke-4 di Putrajaya. - UTUSAN/MOHD HUSNI MOHD NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua pihak perlu memastikan kedudukan dan kestabilan negara didahulukan, malah jika mahu berpolitik sekalipun ia mesti berasaskan kepada pembangunan negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, semua pihak tidak mengira parti perlu memberi keutamaan kepada kepentingan negara dengan memberi pandangan konstruktif demi membantu memulihkan ekonomi negara.

“Hanya dengan ekonomi yang kukuh baru dapat bantu rakyat. Baru lah perniagaan akan berjalan dengan baik dan ada keyakinan. Jadi itu patut jadi fokus kita,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Biodiesel Sawit ke-4, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa ada pihak tidak senang dan mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan kerana cemburu dengan kekuatan gabungan itu.

Anwar berkata, kebersamaan dalam Kerajaan Perpaduan bukan sahaja berjaya memberi kestabilan politik, malah berupaya menghasilkan dasar yang jelas untuk pembangunan negara.

Fadillah berkata, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg baru-baru ini menyatakan bahawa GPS fokus untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh.

Justeru, Fadillah berkata, GPS akan terus menyokong untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan kukuh dengan sokongan 147 ahli Parlimen sekali gus dapat memastikan suasana politik dan kerajaan stabil.

“Pelabur akan datang kalau kita mempunyai dasar dan strategi yang jelas melalui kestabilan politik. Kalau asyik bertukar kerajaan sudah pasti pelabur tidak akan datang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya