JAKOA bantu belia Orang Asli pelajari kemahiran

JAKOA bantu belia Orang Asli pelajari kemahiran

BELIA Orang Asli perlu diberi latihan kemahiran untuk berdikari bagi mengelakkan mereka berhijrah meninggalkan kampung halaman.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) komited dalam memastikan semua belia masyarakat tersebut  dapat berdikari untuk menjana pendapatan dalam bidang kemahiran.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah JAKOA, Datuk Sapiah Mohd. Nor berkata, JAKOA bersama badan kerajaan dan swasta, sentiasa merancang dan melaksanakan Program Pembangunan Modal Insan Orang Asli bagi membantu mereka menjana pendapatan sendiri.

“Antara program yang dilaksanakan ialah program outreach (jangkauan luar) kemahiran, kerjaya dan pendidikan yang dilakukan dibawah pelaksanaan peringkat negeri,” katanya.

Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan isu pembalakan dan pembukaan ladang didakwa menjadi punca ramai golongan belia Orang Asli di Pos Tohoi membuat keputusan berhijrah ke kawasan bandar bagi mencari pekerjaan dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Sapiah Mohd. Nor berkata, JAKOA juga turut bekerjasama dengan institut latihan kemahiran awam seperti Giatmara dan Kolej Komuniti bagi memberi latihan berkonsepkan kursus pendek untuk meningkatkan kemahiran mereka.

“Kursus yang dilaksanakan ialah  gunting rambut, jahitan, dandanan diri, fertigasi, gubahan bouquet, masakan dan lain-lain lagi berdasarkan permintaan mereka sendiri,” katanya

Langkah ini berjaya menarik minat dan menggalakkan penyertaan Orang Asli dalam bidang kemahiran dengan penglibatan seramai lebih 2,000 orang peserta.

Beliau berkata, JAKOA juga turut bekerjasama dengan pelbagai kementerian dan agensi seperti Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam pelaksanaan program Perantis Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s.

Katanya setakat Disember 2022, seramai 74 orang belia beliawanis Orang Asli telah menyertai program itu dan 166 orang telah mendapat pekerjaan sebagai crew di McDonalds.

Pelatih akan memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan Tahap 3 dalam bidang Penyediaan dan Perkhidmatan Makanan Segera selama 18 bulan di Akademi Vokasional McDonald’s dan peluang kerjaya di McDonalds selepas tamat latihan. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN