Hanya mahu beri yang terbaik - Liza Hanim tidak kejar kejuaraan Gv10 - Utusan Malaysia

Hanya mahu beri yang terbaik – Liza Hanim tidak kejar kejuaraan Gv10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Liza Hanim, 43, enggan meletakkan harapan terlalu tinggi untuk bergelar juara All Star Gegar Vaganza (GV10).

Kata Liza pada sidang media semalam, dia hanya ingin melakukan yang terbaik dan enggan membebankan diri dengan harapan sedemikian.

“Saya cukup takut bila orang sebut-sebut saya bakal juara. Saya tolak semua itu.

“Semua peserta ada peluang, kami nak survive dan berikan yang terbaik.

“Tolak tepi nak jadi juara, saya buat masa ini hanya nak ke peringkat akhir,” katanya.

Liza, pada konsert ke-6 semalam mempertahankan kedudukan pertama dengan markah keseluruhan 76.75 peratus.

Manakala Zamani, yang berada di kedududkan tercorot, tersingkir.

Dalam masa yang sama, Liza juga memaklumkan tidak mengejar kedudukan teratas setiap minggu dalam pertandingan itu.

“Saya cuma mahu berseronok. Alhamdulillah, saya lega sebab dapat berikan persembahan terbaik,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN