GV10 tetap meriah tanpa Elly Mazlein - Utusan Malaysia

GV10 tetap meriah tanpa Elly Mazlein

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kemeriahan Konsert minggu ke empat All Stars Gegar Vaganza (GV10) diteruskan meskipun tanpa kehadiran Elly Mazlein selaku hos bersama Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Nabil dan Jihan diawal rancangan sempat mengucapkan terima kasih kepada Elly yang sebelum ini bersama-sama menjayakan rancangan berkenaan sejak ia mula bersiaran bermula tiga minggu yang lalu.

“Terima kasih kepada Kak Kepom yang bersama kita selama tiga minggu.

“Apa pun kita hormati keputusan yang diambil kak Lina,” kata Jihan.

Astro dalam kenyataan yang dikeluarkan selasa lalu mengumumkan pengunduran Elly selaku hos program tersebut.

Elly menerusi Instagramnya memaklumkan penarikan dirinya atas sebab peribadi dan bukan gimik seperti disangkakan ramai pihak.

Pengumuman itu sekaligus melenyapkan pelbagai spekulasi yang bertebaran berkenaan pengunduran Elly yang antara lainnya dikaitkan dengan khabar angin pengacara tersebut berbadan dua selain bermasam muka dengan Nabil dan Jihan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN