Guru Pondok Kelantan mahu umat Islam bersatu sokongan perjuangan rakyat Palestin

Guru Pondok Kelantan mahu umat Islam bersatu sokongan perjuangan rakyat Palestin

SEBAHAGIAN guru-guru pondok Kelantan dan orang ramai yang hadir memberikan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin di Padang Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP), Pasir Puteh, Kelantan hari ini-UTUSAN/TOREK SULONG.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Persatuan Guru Pondok mahu seluruh umat Islam terus bersatu dan memberikan sokongan penuh kepada perjuangan rakyat Palestin dalam melawan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis ke atas mereka ketika ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusinya Wan Rosli Wan Ibrahim berkata, perkara itu boleh diterjemahkan melalui pelbagai pendekatan termasuk solat hajat dan doa serta sumbangan kewangan.

“Walaupun jarak memisahkan kita (umat Islam di Malaysia) dengan rakyat Palestin, namun itu bukan masalah untuk menzahirkan sokongan kepada mereka.

“Sebagai saudara sesama Islam, kita wajib membantu mereka dalam apa jua keadaan,” katanya semasa ditemui pada Program Solidariti Palestin dan Rintihan Guru-Guru Pondok di Padang Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP), di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Persatuan Guru Pondok Kelantan bermunajat yang dipimpin oleh Sheikh Wazir Che Awang.

Selain itu, beberapa guru pondok di negeri itu menyampaikan ucapan kepada orang ramai yang hadir menzahirkan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin.

Wan Rosli memberitahu, pihaknya turut melancarkan kutipan derma bagi membantu rakyat Palestin yang sedang menderita akibat konflik tersebut.

Katanya, lebih 1,000 warga pondok pengajian Islam seluruh negeri ini bersolidariti menentang kekejaman zionis terhadap Palestin.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN