Dua kawasan catat IPU tidak sihat - Utusan Malaysia

Dua kawasan catat IPU tidak sihat

PEMANDANGAN sekitar Bandaraya Melaka yang terjejas akibat jerebu. -UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua negeri mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi tadi.

Berdasarkan data dalam laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU tertinggi dicatat di Melaka dan Johor.

“Melaka di Alor Gajah dengan IPU (162), diikuti Batu Pahat, Johor (160) pagi tadi,” katanya.

IPU berskala antara 0-50 dikategori sebagai sihat, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Data IPU itu dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN