Dewan Rakyat: Warga emas tidak dapat warganegara kerana

Dewan Rakyat: Warga emas tidak dapat warganegara kerana gagal kuasai bahasa Melayu

Saifuddin Nasution Ismail
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kebanyakan warga emas yang tidak mendapat warganegara kerana gagal melepasi ujian penguasaan bahasa Melayu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penguasaan bahasa rasmi merupakan standard umum di negara-negara asing.

“Penguasaan bahasa di negara-negara luar pun kita teliti, mereka menghendaki yang memohon boleh berbahasa rasmi iaitu bahasa pertuturan di negara berkenaan. Kalau markah tak lulus ialah satu markah, kalau lulus lapan markah.

“Sekarang ini, yang dua markah pun kadang-kadang saya luluskan, maknanya kalau hanya cakap terima kasih dan sama-sama, apa khabar dan khabar baik. Dia tak boleh buat ayat, sampai kita turunkan kayu ukur ke situ,” katanya ketika sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, ia antara kesukaran dihadapi pihaknya untuk memberi status warganegara kepada warga emas.

“Ada warga yang usia lama, mereka terlalu fasih dengan bahasa asing sampai tak boleh langsung (bahasa Melayu), itu antara kekangan kita hadapi, itu pun cuba saya bantu dan saya akan bantu mudahcarakan,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) mengenai permohonan warganegara yang tidak diluluskan untuk sebilangan warga emas. -UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.