Dewan Rakyat: Isu kalimah Allah dibawa ke Majlis Raja-Raja

Dewan Rakyat: Isu kalimah Allah dibawa ke Majlis Raja-Raja minggu ini

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Isu kalimah Allah akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang akan bermula pada 24 hingga 27 Oktober ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia setelah perkara itu dibincangkan dan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang dipengerusikan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Kita perlu mengadakan arahan pentadbiran baharu, jadi kita mengadakan sesi libat urus lima kali, hasilnya dibentangkan di MKI yang dipengerusikan Sultan Selangor.

“Saya difahamkan agenda tentang hasil libat urus adalah sebagai satu cadangan ke arah membina arahan pentadbiran yang dijadualkan dibentangkan kepada mesyuarat Majlis Raja-Raja,” katanya dalam sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, hasil mesyuarat Majlis Raja-Raja akan menjadi panduan kepada kerajaan dalam isu kalimah Allah.

“Hasil perbincangan dah ada, dah dibentang di MKI dan dijadualkan kepada Majlis Raja-Raja, jadi, Kementerian Dalam Negeri akan ambil panduan dari situ untuk mengadakan garis panduan baharu bagi isu penggunaan kalimah Allah,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) yang meminta penjelasan secara terperinci mengenai status kalimah Allah dan bagaimana kerajaan akan menyelesaikan isu tersebut. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN