Curi komponen kenderaan, 4 termasuk 3 warga Myanmar ditahan

Kes curi komponen kenderaan, empat termasuk tiga warga Myanmar ditahan

KETUA Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid menunjukkan fotofit suspek utama kes curi kompenan kenderaan yang diburu. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemilik bengkel antara empat individu yang ditahan dalam Op Lejang selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri dan meleraikan komponen kenderaan untuk dijual di sekitar Lembah Klang.

Kesemua suspek berusia 26 hingga 42 tahun itu terdiri daripada seorang warga tempatan dan tiga lelaki Myanmar ditahan di sebuah bengkel di Klang, Selangor, pada 18 September lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, siasatan mendapati sindiket akan mencuri kenderaan yang diuruskan dalang utama dikenali sebagai Liew sebelum dijual pada bengkel.

Katanya, setiap komponen yang dijual dengan harga RM5,000 hingga RM7,000 bergantung kepada model kenderaan.

“Pihak bengkel kemudian akan mengambil alat ganti dari kenderaan dicuri untuk dipasang pada kenderaan yang dibaik pulih.

“Sindiket menyasarkan kenderaan jenis Honda, Perodua dan Mercedes untuk dicuri.

“Dalam serbuan itu, kita telah menemukan 15 bongkah enjin dipercayai dicuri bernilai RM83,000,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Sentul, di sini hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua bongkah itu pernah dilaporkan kes kehilangan di Sentul, Brickfields, Cheras, Wangsa Maju dan Serdang.

Jelas beliau, kesemua suspek masih direman namun diserahkan IPD Serdang untuk ditahan lanjut.

“Kita masih memburu suspek utama, seorang lelaki dikenal pasti Liew Chin Kang, 42, beralamat di Batu Caves, Selangor yang mempunyai satu rekod lampau.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini diminta menyalurkannya kepada Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-4082222,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN