Bukan saya seorang sahaja, Amanah ada ramai bakat - Adly

Bukan saya seorang sahaja, Amanah ada ramai bakat – Adly

ADLY Zahari bergambar dengan para pelajar selepas Program Cakna Sains, Teknologi dan Inovasi Pertahanan di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Setelah sekian lama berteka-teki, Adly Zahari sekali lagi menegaskan beliau menyerahkan isu rombakan Kabinet kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malahan, Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu dalam nada berlapik menyatakan bahawa parti itu ada ramai lagi bakat bagi mengisi jawatan pentadbiran.

“Itu hak prerogatif Perdana Menteri dan bagi saya, biarlah kita memberi ruang isu tersebut kepada Perdana Menteri untuk dapat ditentukan siapa layak,” katanya kepada pemberita selepas hadir merasmikan Program Cakna Sains, Teknologi dan Inovasi Pertahanan di Sekolah Sultan Alam Shah, di sini hari ini.

Nama Adly antara disebut-sebut mengisi portfolio Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup setelah kematian Datuk Seri Salahuddin Ayub dan nama Ahli Parlimen Alor Gajah itu dianggap paling layak meskipun hanya memegang jawatan Naib Presiden Amanah secara lantikan.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Pengerusi Amanah Melaka berkata, parti tersebut ada membuat perbincangan dalaman bagi menyenaraikan nama-nama yang difikirkan sesuai.

Meskipun tidak dinyatakan secara spesifik, beliau difahamkan merujuk situasi Amanah ketika ini mempunyai tiga orang senator Dewan Negara yang baharu pada awal tahun ini iaitu Datuk Dr. Mohd. Hatta Ramli, Mohd. Hasbie Muda dan Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Di Dewan Rakyat pula, Amanah ketika ini ada lapan wakil termasuk Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan selain Aiman Athirah Sabu (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).

Lima lagi ialah Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Mohd. Sany Hamzan (Hulu Langat), Azli Yusof (Shah Alam), Aminolhuda Hassan (Sri Gading) dan Suhaizan Kayat (Pulai). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya