Bot nelayan tempatan ditahan langgar syarat sah lesen - Utusan Malaysia

Bot nelayan tempatan ditahan langgar syarat sah lesen

SEBUAH bot nelayan tempatan kelas C ditahan Maritim Malaysia di perairan Pulau Kendi, Pulau Pinang semalam kerana disyaki melanggar syarat sah lesen.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C di perairan Pulau Kendi, dekat sini semalam kerana disyaki melanggar syarat sah lesen.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim SP Nak Rong berkata, bot itu ditahan
di kedudukan 24.6 kilometer barat Pulau Kendi pada tengah hari semalam ketika sedang menangkap ikan.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati lima kru termasuk tekong warga Myanmar berumur antara 28 hingga 49 tahun sedang mengendalikan bot terbabit.

“Pemeriksaan lanjut juga mendapati bot terbabit tidak mempunyai permit kelulusan penggunaan kru bukan warganegara daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, dua kru bot tersebut juga gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah sewaktu penggeledahan dilaksanakan.

”Mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki permit atau pas yang sah.

”Bot dan kru telah diserahkan kepada pegawai siasatan Maritim Negeri Pulau Pinang malam tadi untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya