SEREMBAN: Penganjuran program solidariti dan perhimpunan bagi menyokong rakyat Palestin oleh pelbagai pihak di negara ini mendorong kepada peningkatan permintaan terhadap barangan yang berkaitan perjuangan kebebasan Palestin seperti bendera, mafela dan bandana. Seorang penjualnya, Mohd. Sam Mhmad Tahar, 36, berkata, permintaan terhadap semua barangan itu semakin meningkat apabila pihak sekolah turut mengadakan Minggu Solidariti Palestin. “Sejak mula konflik ini, permintaan makin lama makin meningkat dan hampir setiap hari saya membuat…

 
								 
											









