Belanjawan 2024: Anwar ajak teliti, beri pandangan, kritikan - Utusan Malaysia

Belanjawan 2024: Anwar ajak teliti, beri pandangan, kritikan

ANWAR Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani bertemakan 'Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat' di Dewan Rakyat. - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak semua pihak untuk meneliti pembentangan Belanjawan 2024 semalam serta memberi pandangan mahupun kritikan masing-masing.

Menurut Perdana Menteri, belanjawan yang dibentangkan sebagai tawaran dan pengarahan baharu ke arah pemerataan ekonomi dan memperkasa rakyat.

“Belanjawan Madani yang kedua ini berjumlah sebanyak RM393.8 bilion menjadikannya belanjawan tertinggi yang pernah dibentangkan di mana RM303.8 bilion adalah untuk belanja mengurus dan RM90 bilion untuk belanja pembangunan, selain RM2 bilion untuk belanja luar jangka.

“Terima kasih kerana mengikuti pembentangan saya dan saya mohon teman-teman untuk telaah dan teliti setiap perincian yang dibentangkan dan beri pandangan mahupun kritikan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya