Bacaan IPU di Sri Aman, Serian tidak sihat - Utusan Malaysia

Bacaan IPU di Sri Aman, Serian tidak sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kualiti udara di Sri Aman dan Serian dekat Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat apabila masing-masing mencatatkan bacaan melebihi 100 petang ini.

Berdasarkan kemas kini terbaru di laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) setakat pukul 5 petang tadi, bacaan IPU di Sri Aman terus mencatatkan peningkatan apabila bacaan terkini mencecah 136 berbanding 128 pagi tadi.

Sementara di Serian bacaan terbaharu adalah pada 106.

Selain itu, sebanyak 60 stesen di seluruh negara mencatatkan bacaan sederhana iaitu di bawah 100.

Enam lagi stesen iaitu di Tanah Merah dan Kota Bharu di Kelantan; Taiping, Perak; Balik Pulau, Pulau Pinang; Langkawi, Kedah dan Kangar, Perlis mencatatkan bacaan di bawah 50 iaitu pada tahap baik.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Berdasarkan kemas kini tersebut, sebahagian besar kawasan di pantai barat Semenanjung yang berada berhampiran Selat Melaka masih mencatatkan bacaan melebihi 70.

Selain itu, rata-rata stesen di Sabah dan Sarawak juga mencatatkan bacaan melebihi 70.

Di bahagian utara Semenanjung dan pantai timur pula mencatatkan bacaan kurang daripada 70 setakat petang ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN