Artis luar dilambung, artis tempatan dianaktirikan - Francissca Peter

Artis luar dilambung, artis tempatan dianaktirikan – Francissca Peter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Penyanyi, Datuk Francissca Peter meluahkan rasa kecewa dengan sikap sesetengah penganjur konsert serta pengusaha hotel yang menganaktirikan penyanyi tempatan.

Francissca mendakwa, artis seberang yang dipanggil mengadakan konsert di Malaysia dibayar melebihi dua kali ganda dengan mata wang dolar Amerika Syarikat iaitu jumlah yang jauh lebih tinggi berbanding bayaran untuk artis tempatan. 

Bukan itu sahaja, penyanyi lagu Sekadar Di Pinggiran itu turut mendedahkan artis tempatan dijadikan bidan terjun untuk menggantikan mana-mana artis yang menarik diri di saat akhir. 

“Artis kita bekerja keras namun tidak dihargai sedemikian rupa. Pernah sebuah program besar panggil saya untuk buat persembahan. Tapi mereka undang pada malam sehari sebelum acara berlangsung. 

“Kadangkala saya terfikir, entah tempat artis siapalah yang saya gantikan di saat akhir tersebut. Mujurlah saya sudah dilatih untuk buat persiapan untuk undangan saat akhir seperti ini.

“Dari segi bayaran juga sama. Artis luar, termasuk dari negara seberang dibayar banyak dengan mata wang dolar berbanding artis tempatan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Pemegang trofi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, Anugerah Bintang Popular ke 33 itu turut menggesa lebih banyak pihak agar memberi ruang dan peluang untuk penyanyi tempatan mengadakan persembahan seperti di hotel. 

“Kita kena lindungi artis tempatan dan beri peluang kepada mereka untuk dapatkan kontrak persembahan di hotel. Saya yakin kalau artis kita diberi peluang, mereka akan gembira melakukannya. 

“Artis kita ramai yang berkebolehan, suara lunak dan ada peminat yang akan datang menyokong mereka. Malangnya di hotel pun orang kita dibayar sikit berbanding bakat luar. Pada saya, ini suatu penghinaan. 

“Sedih sebab orang kita tidak dihargai sedangkan di negara luar mereka jaga artis mereka. Di zaman yang serba sukar ini, kita kena bantu naikkan orang kita dan bangga dengan pengkarya kita,” tambahnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya