Anwar tangga ke-11 pemimpin muslim berpengaruh dunia

Anwar tangga ke-11 pemimpin Islam berpengaruh dunia

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya meletakkan dirinya di tangga ke-11 sebagai pemimpin dan ahli politik Islam yang paling berpengaruh dalam dunia.

Anwar tersenarai dalam edisi terbaru The Muslim 500: The World’s 500 most influential Muslim 2024 dan berjaya menaikkan kedudukannya yang sebelum ini berada di tangga ke-22 pada tahun lalu.

Beliau berada di belakang Presiden Indonesia, Joko Widodo yang menduduki tempat kesembilan dalam senarai sama.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu juga berjaya meletakkan dirinya di kedudukan ke-17 dalam kategori individu Islam paling berpengaruh dalam dunia.

Sementara itu, Ahli Cendekiawan Islam, Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas pula berjaya meletakkan dirinya pada tangga ke-25.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN