Anwar dakwa ada unsur khianat potong video wawancara CNN 

Parlimen: Anwar dakwa ada unsur khianat potong video wawancara dengan CNN 

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri mendakwa wujud unsur khianat dengan menyunting beberapa bahagian dalam video wawancaranya bersama media antarabangsa baru-baru ini, bagi memberi sangkaan buruk terhadap kerajaan khususnya berhubung dasar Ekonomi Madani.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin supaya menonton rakaman video dan membaca berita penuh semasa wawancara oleh Cable News Network (CNN) sebelum membuat sebarang andaian sehingga tersasar dari maksud sebenar.

“Merujuk temu bual CNN, saya syorkan Larut (Hamzah) lihat keseluruhan temu bual itu dan tidak lihat potong dan tampal (cut and paste) yang dibuat.

“Kita telah pun tunjukkan yang dikeluarkan CNN memberikan liputan sepenuhnya tapi ada unsur khianat yang memotong menunjukkan tidak ada jawapan lengkap.

“Sebab itu saya syor supaya baca Ekonomi Madani bersama Kajian Separuh (KSP) dan peralihan tenaga, pelan perindustrian yang mencerakinkan secara terperinci,” katanya semasa sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat.

Sebelum itu, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut meminta Perdana Menteri menyatakan inovasi baharu Ekonomi Madani yang berbeza dengan Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Beliau berpuas hati dengan jawapan diberi Anwar namun, memberitahu beliau sepatutnya menjawab soalan tersebut semasa wawancara bersama CNN sebelum ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, Ekonomi Madani yang dicetus di bawah pentadbirannya adalah bertunjangkan kemampanan ekonomi dan pembangunan fizikal selain isu nilai dan ehsan.

“Asas pertama, konteks negara kita berbeza pasca Covid-19 kita terima kenyataan kita berhadapan dengan keadaan tidak terjangkau dan kadang-kadang berlaku dalam keadaan serentak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN